ANALISIS DUNIA seni hiburan dalam kebanyakan waktu memang terlihat meriah bak pesta. Sehinggakan kadangkala berjaya menutup dan membuatkan orang lupa bahawa di sebalik gemilang warna-warni, dunia artis memiliki sisi gelap. Mengaitkan dengan suasana hiburan tanah air, sepertimana yang diketahui ramai, industri kita tidaklah sebesar mana. Malah menerjah ke tahun 2020 pun, ada beberapa perkara masih berada di takuk lama, masih jauh untuk dibandingkan dengan industri seni di Hollywood. Contohnya hak…










