Empat tahun peram lagu, Sabar Black menjadi - Utusan Malaysia

Empat tahun peram lagu, Sabar Black menjadi

Empat tahun peram lagu, Black kembali dengan single Sabar yang merupakan ciptaan sepenuhnya daripada penyanyi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Selepas empat tahun, akhirnya penyanyi bervokal tinggi, Black yakin untuk melancarkan lagu ciptaan sepenuhnya, Sabar.

Berbicara tentang Sabar, jelas Black, lagu berentak balada Melayu itu berjaya mengembalikan identiti muzik asal dirinya dan membawa makna yang ckup berat.

“Apa yang boleh saya katakan lagu Sabar ini sangat lain daripada lagu-lagu yang dihasilkan beberapa tahun sebelum ini. Sebuah lagu balada yang memang kena dengan jiwa saya. Kalau nyanyi pun memang ‘feel’ sepenuhnya.

“Dalam erti kata lain, lagu ini sebenarnya mengembalikan zaman awal saya dulu. Kiranya kalau orang dengar lagu ini, orang sudah tahu ini adalah muzik dan identiti saya. Sewaktu proses rakaman pun semuanya mudah dan cepat saja sebab saya sudah faham melodi, lenggok dan lirik,” katanya.

Tambah Black, muzik video Sabar juga sudah mula ditonton peminat dan dia menerima komen-komen positif terhadap video muzik hasil arahan arahan Azuad Abdullah itu.

Jelas penyanyi itu, muzik video Sabar menjalani penggambaran selama dua hari dan memaparkan kehidupan sebenar segelintir masyarakat terutama si lelaki berstatus duda dan mempunyai anak yang ingin berkahwin semula.

“Muzik video ini mengisahkan lelaki duda yang ada anak. Dia kemudiannya nak bercinta dengan seorang wanita. Malangnya, wanita itu hanya mahu menerima dirinya tapi tidak anaknya.

“Di depan lelaki itu, wanita itu berpura-pura menyukai anaknya, tapi di belakang bersikap sebaliknya. Sehingga akhirnya, lelaki itu dikecewakan tapi diubati dengan sokongan kasih sayang daripada anaknya.

“Kisah sebegini memang berlaku dalam masyarakat kita. Jadi, saya ingin paparkan tidak salah seorang duda untuk bercinta dan berkahwin lagi. Tapi, tidak semua akan melalui pengalaman indah,” katanya.

Sabar terbitan dan edaran Nova Music Malaysia dilancarkan di semua platform digital muzik seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox dan Deezer, pada 24 Julai lalu.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya