Ditemui selamat selepas tersesat lebih 3 jam  - Utusan Malaysia

Ditemui selamat selepas tersesat lebih 3 jam 

LELAKI warganegara Belanda (tiga dari kanan) yang berjaya ditemui selepas sesat lebih tiga jam di kawasan Bukit Zi Zai, Tanjung Bungah, Pulau Pinang petang semalam.-GAMBAR IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN : Seorang lelaki warga Belanda ditemui selamat selepas tersesat lebih tiga jam di kawasan Bukit Zi Zai, Tanjung Bungah, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.24 malam itu, kehilangan mangsa disedari rakannya setelah mangsa gagal turun dari bukit berkenaan selepas bersama-sama mendaki kawasan itu.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Zulkhari Mat Tanjil berkata, mangsa yang berusia 36 tahun dapat menghubungi talian kecemasan 999 selepas terputus hubungan dengan rakan pendakian. 

“Seramai lapan anggota menyertai operasi pencarian mangsa di lokasi kejadian.

“Tindakan pencarian juga dilakukan bantuan anggota polis, pasukan bomba sukarela dan orang awam,” katanya di sini semalam.

Menurut beliau pencarian dilakukan dengan melalui laluan pendakian dan di kawasan hutan.

“Mangsa telah berjaya ditemui pada pukul 11.14 malam dalam keadaan selamat.

“Mangsa telah dibawa turun ke kaki bukit untuk menerima rawatan dan dalam keadaan stabil. Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 12.34 tengah malam,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya