Cuci duit: 750 akaun RM75 juta dibekukan - Utusan Malaysia

Cuci duit: 750 akaun RM75 juta dibekukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua daripada lapan suspek yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin dan Jumaat lalu bagi membantu siasatan membabitkan kes pengubahan wang haram dibebaskan hari ini.

Dua yang dibebaskan ialah seorang ahli perniagaan dan isteri kepada salah seorang suspek bergelar ‘Datuk’ masing-masing yang direman kelmarin dan Jumaat lalu.

Suaminya yang dipercayai menggunakan gelaran ‘Datuk’ palsu itu bagaimanapun masih direman bersama lima individu lain termasuk salah seorangnya merupakan anak kepada ahli perniagaan terkemuka di ibu negara.

Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, sumber memberitahu, hasil penahanan itu SPRM turut menyita 750 akaun bernilai RM75 juta milik ahli sindiket yang ditahan termasuk artis hasil kegiatan penipuan dan judi online yang dijalankan mereka sejak lima tahun lalu.

Dedah sumber, sebanyak 24 kenderaan mewah milik kesemua suspek turut disita.

“Kedua-dua suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM hari ini.

“SPRM juga tidak menolak kemungkinan akan menahan beberapa penguat kuasa dalam masa terdekat kerana terlibat melindungi kegiatan mereka,” katanya di sini hari ini.

Pada Sabtu lalu, Utusan Malaysia mendedahkan tiga lagi ahli perniagaan direman SPRM kerana terlibat aktiviti haram.

Penahanan ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 25 sehingga 40 tahun yang menjalankan perniagaan membabitkan hartanah dan pelaburan itu susulan lima individu direman pada Jumaat lalu.

Utusan Malaysia turut mendedahkan sejumlah wang tunai RM5 juta yang disimpan di dalam peti besi di kediaman salah seorang suspek dipercayai hasil aktiviti haram turut ditemukan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.