Covid-19: Dua sekolah di Kerian ditutup seminggu - Utusan Malaysia

Covid-19: Dua sekolah di Kerian ditutup seminggu

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Abu Bakar Albaqir di Bagan Serai, Perak ditutup seminggu mulai hari ini berikutan risiko penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Dua sekolah di daerah Kerian ditutup selama seminggu mulai hari ini berikutan risiko penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil negeri, Razman Zakaria berkata, sekolah terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abu Bakar Albaqir di Bagan Serai dan SMK Pekan Baru, Parit Buntar.

Menurutnya, penutupan bermula hari ini sehingga 30 Oktober dan akan dibuka semula pada 2 November ini.

“Sekolah berkenaan ditutup berikutan risiko penularan wabak Covid-19 yang tinggi. Tindakan diambil sebagai langkah pencegahan awal, selari dengan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan.

“Sebagai langkah susulan, sekolah yang terlibat dan mempunyai risiko jangkitan virus Covid-19 akan disanitasi dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Razman meminta semua ibu bapa dan guru terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan memastikan penjarakan fizikal di tempat awam, pemakaian pelitup muka dan penjagaan kebersihan diri.

“Diharapkan semua ibu bapa dapat memantau kesihatan anak masing-masing dan segera mendapatkan rawatan sekiranya didapati bergejala seperti demam, batuk dan selesema khususnya bagi murid di sekolah-sekolah terlibat,” katanya.

Terdahulu hari ini, dua sekolah di Ipoh iaitu Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Raja Perempuan Taayah diarah tutup mulai semalam selepas seorang pelajar disahkan positif Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan negeri, Mohd. Akmal Kamarudin berkata, pelajar yang disahkan positif Covid-19 itu merupakan pelajar Sekolah Izzuddin Shah dan menginap di asrama Sekolah Raja Perempuan Taayah.

Menurutnya, pelajar itu disahkan positif wabak berkenaan semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya