Bomba daki bukit turunkan mayat tukang kebun - Utusan Malaysia

Bomba daki bukit turunkan mayat tukang kebun

ANGGOTA bomba terpaksa mendaki dan membawa turun mayat Chee Yew Huat dari Stesen Tengah Bukit Bendera ke kaki bukit di Ayer Itam, Pulau Pinang pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Anggota bomba terpaksa mendaki bukit bagi membawa turun mayat seorang lelaki yang ditemukan di sebuah kebun sayur di Stesen Tengah Bukit Bendera, Ayer Itam di sini pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Muzamer Mohd. Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan daripada polis bagi membantu mengangkat mayat, Chee Yew Huat, 57, pada pukul 10.49 pagi.

Menurutnya, anggota bomba bersama polis menuju ke lokasi dengan mendaki kira-kira 800 meter dari kaki bukit berkenaan.

“Mangsa disahkan mati oleh pasukan perubatan dan anggota bomba menurunkan mayat ke kaki bukit dengan menggunakan ‘stretcher’.

“Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Operasi tersebut tamat pada pukul 12.44 tengah hari tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya