Bekas penolong jurutera dijel 4 tahun, denda RM341,000 - Utusan Malaysia

Bekas penolong jurutera dijel 4 tahun, denda RM341,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang bekas penolong jurutera mekanikal dipenjara empat tahun dan denda RM341,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah atas enam pertuduhan menerima suapan, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Hairudin Ngadiron, 45, selepas pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Mengikut pertuduhan pertama hingga kelima, tertuduh yang ketika itu bekerja di Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bakri, Muar didapati menerima suapan dalam bentuk pengubahsuaian rumah bernilai RM61,686.72.

Barang-barang tersebut termasuk pintu, atap genting, kayu anjung, jubin lantai dan peralatan besi bumbung diterima daripada Pengurus SMR Cahaya Enterprise.

Kesemua suapan itu adalah sebagai upah bagi membantu mendapatkan kerja-kerja pembaikan lapang sasar semi indoor, bangunan dan pondok pengawal di Maktab Teknik PDRM Bakri pada 2016.

Tertuduh juga didapati menerima suapan dengan cara pembayaran membaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Landcruiser Prado berjumlah RM4,200 daripada pihak sama.

Kesemua barangan suapan diterima tertuduh di sebuah rumah di Sungai Rambai, Jasin manakala pembayaran membaiki kenderaan dilakukan di sebuah bengkel di Parit Keroma, Muar. Kesalahan-kesalahan itu dilakukan tertuduh antara 23 Januari sehingga April 2017.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.