Bantuan Ebit Lew mula diagih di Sabah - Utusan Malaysia

Bantuan Ebit Lew mula diagih di Sabah

EBIT Lew melihat sumbangan yang dihantar ke Sabah, semalam.

KUALA LUMPUR: Misi bantuan perubatan yang diberikan pendakwah Ebit Lew selamat tiba dan diagihkan kepada penduduk Sabah  bermula semalam.

Bantuan perubatan kelengkapan perlindungan diri (PPE), perisai dan pelitup muka serta pelindung kasut mula dihantar kelmarin  menggunakan perkhidmatan kargo, Raya Airways.

Sebelum ini Ebit Lew menerusi status yang dimuat naik di Facebook miliknya  turut meluahkan perasaan risau dengan keadaan rakyat di negeri bawah bayu.

“Doakan ya. Risau teramat sangat baca tentang saudara kita di Sabah. Insya-Allah semoga Allah selamatkan Sabah, sayang orang Sabah sangat.

“Ramai mesej saya minta bantuan. Terus pagi ini hantar barang perubatan ke Sabah,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN