Anakanda Sultan Brunei mangkat - Utusan Malaysia

Anakanda Sultan Brunei mangkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Anakanda Sultan Brunei, Pengiran Muda Abdul Azim Sultan Hassanal Bolkiah mangkat pagi tadi.

Menerusi laporan Radio Televisyen Brunei, berita duka berkenaan diumumkan Istana Brunei yang memaklumkan putera berusia 38 tahun itu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.08 pagi.

Jenazah Almarhum dimakamkan di Makam Diraja selepas Asar.

Pengiran Muda Abdul Azim diputerakan di Bandar Seri Begawan pada 29 Julai 1982.

Almarhum merupakan kekanda kepada Pengiran Abdul Mateen, 29, yang merupakan kerabat diraja dikenali dalam media sosial.

Brunei akan berkabung selama tujuh hari dan bendera dikibarkan setengah tiang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya