Abdul Aziz dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UMP - Utusan Malaysia

Abdul Aziz dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UMP

ABDUL AZIZ ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang baharu selama tiga tahun berkuat kuasa 19 Oktober lalu hingga 18 Oktober 2023.

Pelantikan dibuat Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad selaras peruntukan di bawah Seksyen 17 (1) (a) Perlembagaan Universiti.

Berkelulusan Ijazah Bachelor of Commerce dari University of New South Wales, Sydney, Australia, Abdul Aziz, 74, menyambung pengajian peringkat sarjana dalam bidang Sains Pembangunan dan ijazah kedoktoran (Sosiologi Pendidikan) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau kini merupakan Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) dan ahli Akauntan Bertauliah Malaysia dari Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) dan Malaysian Institute of Accountants (MIA).

Dengan ketokohan, keupayaan, kepakaran dan pengalaman luas yang dimiliki, beliau banyak memegang jawatan dalam syarikat korporat, pertubuhan sukan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pentadbiran negeri Pahang serta kerajaan.

Penglibatan beliau juga sinonim dengan universiti apabila pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UMP sejak 2006 sehingga 2014.

Menurut Naib Canselor UMP, Profesor Ir. Dr. Wan Azhar Wan Yusoff, dengan pengalaman luas dimiliki Abdul Aziz, pihak institusi pengajian tinggi (IPT) itu yakin beliau akan dapat menyumbang kepakaran meneruskan kecemerlangan.

“Ini seiring hasrat universiti sebagai sebuah IPT berteraskan kejuruteraan dan teknologi ke arah universiti teknologi terunggul menjelang 2050.

“Pihak universiti juga mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Lembaga Pengarah UMP sebelum ini, Datuk Seri Ibrahim Ahmad yang kini merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM),” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya