9 pemandu mabuk didakwa di bawah peraturan baharu - Utusan Malaysia

9 pemandu mabuk didakwa di bawah peraturan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Johor merupakan antara negeri terawal melaksanakan pendakwaan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol menerusi pindaan baharu Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan pindaan 2020 yang mula dikuat kuasa Jumaat lalu.

Di bawah pindaan undang-undang itu menyaksikan sembilan individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini.

Sembilan pemandu berkenaan sekali gus menjadi antara individu terawal di negara ini yang didakwa mengikut pindaan undang-undang baharu tersebut.

Kesemua pemandu berusia antara 25 hingga 56 tahun didakwa melakukan kesalahan memandu kereta di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan pada 23 hingga 25 Oktober lalu di lokasi berbeza sekitar Johor Bahru.

Kesemua individu didapati memandu kereta di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan iaitu 50 miligram dalam 100 mililiter darah.

Lapan daripada mereka mengaku bersalah manakala seorang lagi minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Asidah A. Rahman. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya