6 lagi jemaah tabligh Malaysia dari India dibawa pulang - Utusan Malaysia

6 lagi jemaah tabligh Malaysia dari India dibawa pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai enam lagi ahli jemaah tabligh rakyat Malaysia di India telah selamat tiba di tanah air hari ini melalui penerbangan Air India Express (IX1122) dari New Delhi.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, sehingga kini kementerian berjaya membawa pulang seramai 176 daripada 189 ahli jemaah itu yang berada di negara tersebut. 

Menurut beliau, sebelum ini, seramai 170 ahli tabligh  telah dibawa pulang menerusi beberapa siri Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR), iaitu pada 18, 22, 29 Julai, 26 Ogos, 18 September, 9, 14 dan 23 Oktober. 

“Selaras dengan peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia, semua jemaah tabligh  yang pulang diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin.

“Dengan kepulangan enam ahli tabligh ini, masih terdapat 13 lagi daripada kumpulan itu masih menunggu diberikan kebenaran untuk pulang ke Malaysia atau masih menjalani prosedur perundangan di Bihar, India. 

“Perwakilan-Perwakilan Malaysia di India akan meneruskan usaha dan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk menyelaras membawa mereka pulang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamarudin berkata, pihak kementerian Luar ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua agensi kerajaan yang terlibat, terutamanya Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Kementerian Kesihatan di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan misi membawa pulang jemaah tabligh itu. 

Katanya, kerajaan turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan India dalam membantu urusan kepulangan mereka.

“Kementerian Luar Negeri, menerusi Perwakilan-Perwakilan Malaysia di India, akan terus memantau isu ini secara rapat dan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya bagi memastikan hak dan kebajikan mereka terpelihara.

“Kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan di India akan diteruskan dalam usaha memudahcara urusan pulang 13 lagi ahli jemaah itu yang masih berada di negara itu,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya