Bas percuma di Putrajaya 1 November - Utusan Malaysia

Bas percuma di Putrajaya 1 November

BAS Nadi Putra yang akan beroperasi secara percuma di Putrajaya mulai 1 November ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lebih 100,000 penduduk di Putrajaya bakal menikmati kemudahan bas henti-henti secara percuma mulai 1 November ini tanpa perlu lagi membayar tambang 50 sen yang dikenakan sebelum ini.

Perkhidmatan itu akan beroperasi setiap hari dan mampu mengurangkan kos sara hidup warga Putrajaya khasnya penjawat awam selain meningkatkan aktiviti pelancongan domestik.

Berita gembira itu diumumkan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Rosida Jaafar pada sidang akhbar selepas gimik pelancaran perkhidmatan bas itu di sini.

Beliau yang mewakili Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa turut hadir dengan menaiki salah sebuah bas tersebut diiringi pegawai kementerian dan Perbadanan Putrajaya.

“Ini diharap dapat memulihkan ekonomi setempat dan meringankan beban penduduk yang terkesan teruk susulan pandemik Covid-19,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya