217 institusi pendidikan agama Johor ditutup - Utusan Malaysia

217 institusi pendidikan agama Johor ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sebanyak 217 institusi pendidikan Islam bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan ditutup sementara bermula esok, 1 November hingga 14 November depan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, arahan itu dikeluarkan ekoran Johor Bahru diklasifikasikan sebagai zon merah sejak kelmarin.

Katanya, penutupan itu melibatkan institusi yang berada di Johor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi.

“Institusi terlibat termasuklah Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah), Tadika Agama Johor, Sekolah Agama Kerajaan Johor, Maahad Johor dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

“Arahan ini turut melibatkan Madrasah Tahfiz Swasta, Sekolah Rendah Agama Swasta, Sekolah Menengah Agama Swasta dan Madrasah Malabar,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan memaklumkan penutupan 376 institusi pendidikan di zon merah negeri ini melibatkan prasekolah, sekolah kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan dan juga sekolah antarabangsa.

Senarai institusi pendidikan yang ditutup di akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan dimuat naik di portal di www.moe.gov.my serta platform media sosial rasmi kementerian berkenaan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya