UTeM penyumbang utama tenaga kerja mahir bidang digital - Utusan Malaysia

UTeM penyumbang utama tenaga kerja mahir bidang digital

Raha Abdul Rahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dikenal pasti antara institut pengajian tinggi yang berada kedudukan teratas sebagai penyumbang tenaga kerja mahir kepada negara dalam bidang digital.

Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Raha Abdul Rahim berkata, berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Lembaga Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), UTeM berada di tangga keenam tertinggi dalam negara sebagai pembekal tenaga kerja mahir profesional bidang digital.

Menurutnya, kedudukan tersebut bertepatan dengan bidang tumpuan utama UTeM iaitu Teknologi Pembuatan Termaju (AMT).

Jelas beliau, perkara itu juga selari dengan peratusan pencapaian kadar keboleh pasaran graduan UTeM yang turut menyerlah iaitu pada kadar 93.7 peratus sekaligus menempatkan UTeM berada pada tangga ketiga tertinggi dalam negara.

“Ia sekali gus dapat meningkatkan visibiliti dan kedudukan baik universiti awam sebaris dengan universiti ternama di persada global,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UTeM, Prof. Dr. Zulkifilie Ibrahim berkata, faktor penawaran program di UTeM yang memenuhi kehendak pasaran serta berpakej aliran Revolusi Industri 4.0 terus menjadikan graduan UTeM relevan dan profesional.

Ujarnya, konsep pengajian dan kurikulum UTeM yang bersandarkan kepada keperluan semasa industri dan teknologi terkehadapan serta latihan industri mampan juga turut mencorak graduan UTeM menjadi lebih berkemahiran tinggi.

Penolong Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat UTeM, Prof. Madya Ir. Dr. Md. Nazri Othman menambah, keupayaan UTeM membentuk rantaian Kerjasama strategik bersama rangkaian industri dalam dan luar negara merupakan kelainan dan nilai tambah yang dimiliki mereka.

“Dengan rantaian ini, pihak industri dan UTeM saling bekerjasama dan memberikan input yang berimpak yang diperlukan mereka kepada UTeM di samping berkongsi kepakaran dan teknologi semasa dunia,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.