Tapir sesat mati dilanggar kenderaan - Utusan Malaysia

Tapir sesat mati dilanggar kenderaan

SEEKOR tapir betina seberat kira-kira 350 kilogram ditemukan mati dipercayai dilanggar kenderaan di Jalan Kahang Barat Kluang Johor awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG : Seekor tapir betina yang dipercayai tersesat dari Hutan Simpan Kahang Barat ditemukan mati akibat dilanggar kenderaan di Jalan Kahang Barat di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Salman Saaban berkata, kematian tapir seberat kira-kira 350 kilogram itu adalah ketujuh di negeri ini sejak Januari lalu hingga kini.

“Kira-kira pukul 8 pagi tadi Pejabat Perhilitan Kluang telah menerima aduan kematian haiwan itu daripada orang ramai.

“Hasil siasatan pada bangkai tapir betina mendapati ada kecederaan pada bahagian kepala kesan kemalangan yang telah dialami. Namun tiada sebarang kenderaan di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, keadaan jalan yang lurus dan gelap pada waktu malam di kawasan berkenaan dipercayai menjadi faktor berlakunya kemalangan itu

“Tapir tersebut kemudian ditanam di lokasi berhampiran,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya mematuhi had laju yang ditetapkan serta berhati-hati ketika melalui kawasan berhampiran hutan atau habitat hidupan liar. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya