Rakyat Sabah bijak memilih - MB Terengganu - Utusan Malaysia

Rakyat Sabah bijak memilih – MB Terengganu

Ahmad Samsuri Mokhtar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam merupakan manifestasi pilihan rakyat yang melihat dan merasai kemampuan pentadbiran Perikatan Nasional (PN) di peringkat Persekutuan. 

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, dalam era yang mencabar hari ini, rakyat memerlukan sebuah kerajaan yang stabil, berintegriti dan berkeupayaan tinggi bukan sahaja di peringkat Pusat malah di peringkat kerajaan negeri. 

“Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada GRS yang berjaya memenangi PRN Sabah.

“Tahniah kepada semua pihak yang membantu kemenangan ini terutamanya rakyat Sabah yang bijak memilih,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook semalam.

Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas berkata, kejayaan tersebut turut dipengaruhi oleh faktor calon GRS yang lebih berupaya dan kompeten selain sokongan parti bertanding yang berpengalaman berbanding lawan.

Keputusan PRN menunjukkan gabungan parti yang disokong oleh kerajaan Pusat itu memenangi 38 daripada 73 kerusi yang dipertandingkan, sementara Warisan Plus menang 32 kerusi dan bakinya dikuasai calon Bebas. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.