Perikatan Nasional berdaftar 7 Ogos, boleh bertanding PRN Sabah  - Utusan Malaysia

Perikatan Nasional berdaftar 7 Ogos, boleh bertanding PRN Sabah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) sudah berdaftar sejak 7 Ogos lalu dan secara rasminya berdiri sebagai pakatan politik yang sah untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah 26 September ini. 

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dalam satu kenyataan berkata, pakatan politik itu telah diluluskan di bawah kategori politik selaras dengan peruntukan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 355) manakala sijil pendaftaran bernombor PPM-019-14-07082020 sudah dikeluarkan dan ditandatangani oleh Pendaftar Pertubuhan. 

“Sijil pendaftaran, logo parti dan perlembagaan parti telah ditandatangani dan dikemukakan kepada PN sebaik sahaja pendaftaran parti diluluskan,” katanya dalam satu kenyataan semalam. 

Pendaftaran PN yang terbentuk selepas Langkah Sheraton apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil langkah membawa Bersatu keluar dari Pakatan Harapan (PH) timbul susulan dakwaan Angkatan Muda Keadilan Malaysia bahawa PN tidak mempunyai rekod pendaftaran berdasarkan hasil semakan di laman sesawang Jabatan Pendaftar Pertubuhan. 

Difahamkan, Naib Ketuanya, Syed Badli Shah Syed Osman membuat semakan itu sendiri pada jam 2.22 pagi kelmarin dan laman rasmi itu tidak menunjukkanm sebarang rekod berkaitan pendaftaran parti yang disertai Bersatu, PBS, SAPP, PAS dan Star itu. 

Bagaimanapun, JPPM mengambil langkah segera dengan menjelaskan bahawa maklumat kelulusan PN tidak terdapat dalam sistem susulan sistem di laman sesawang JPPM bagi kelulusan sesebuah pertubuhan adalah dikemaskini secara automatik setiap dua bulan. 

Oleh itu, kelulusan PN hanya akan tertera dalam carian umum laman sesawang JPPM pada awal Oktober 2020. 

“Bagaimanapun, sekiranya ada carian khusus dalam sistem pertubuhan eROSES ia akan jelas memaparkan PN diluluskan pada tarikh 7 Ogos 2020. Maklumat parti yang terdapat dalam sistem eROSES hanya boleh diakses oleh Setiausaha Parti tersebut sahaja,” katanya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya