KUALA LUMPUR: Kekurangan perjawatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disifatkan sebagai ‘kritikal’ jika diukur dari sudut nisbah polis dengan penduduk di negara ini yang jauh ketinggalan dengan standard piawaian ditetapkan Polis Antarabangsa (Interpol) iaitu 1: 250. Ini berlaku terutamanya di bandar-bandar besar seperti di kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya yang hanya mempunyai 1,648 perjawatan polis namun jumlah penduduk hampir mencecah dua juta orang iaitu nisbah polis dengan…