OYAGSB tersenarai dalam QSWUR: Global MBA 2021 - Utusan Malaysia

OYAGSB tersenarai dalam QSWUR: Global MBA 2021

AHMAD BASHAWIR ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sekolah siswazah, Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB), Universiti Utara Malaysia (UUM) mencipta sejarah buat universiti awam itu apabila tersenarai buat pertama kali dalam QS World University Rankings (QSWUR): Global Master of Business Administration (MBA) 2021.

Pada kedudukan ke-201+ itu ia sekali gus meletakkan UUM di tangga ke-27 universiti terbaik Asia.

Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, hasrat UUM untuk menjadikan OYAGSB sebagai Top Business School menjelang 2025 semakin menjadi kenyataan dengan tersenarainya dalam QSWUR.

“Sesungguhnya, saya bangga dan gembira di atas penyenaraian OYAGSB di dalam kedudukan antarabangsa yang mana secara tidak langsung telah mengiktiraf sekolah siswazah itu di persada dunia.

“OYAGSB mempunyai nama dan kualiti yang tersendiri, justeru, saya yakin ia mampu membawa nama UUM ke satu tahap yang lebih tinggi lagi,” katanya.

Beliau berkata, pencapaian ini adalah satu hasil yang sangat hebat dan ia disebabkan usaha keras seluruh warga UUM, khususnya OYAGSB sendiri untuk meletakkan diri mereka di tahap membanggakan ini.

Menurutnya, beliau berharap momentum itu dapat diteruskan dan dikekalkan agar UUM terus melangkah ke hadapan dan dapat merealisaikan misi untuk memastikan OYAGSB berstatus Triple Crown, selain Top Business School.

“Saya juga mahu melihat OYAGSB bersama-sama UUM Kampus Kuala Lumpur (UUMKL) dan Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) bergerak seiring agar cita-cita untuk menjadikan UUMKL sebagai Crown Jewel UUM menjadi kenyataan.

“Impian ini sudah pasti akan terlaksana setelah OYAGSB berjaya memperoleh The Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB) dan The Association of MBAs (AMBA), seterusnya EFMD Quality Improvement System (EQUIS) menjelang 2025,” katanya.

Penilaian QSWUR: Global MBA 2021 mengguna pakai lima indikator yang dikategorikan dalam lima kategori utama iaitu kebolehkerjaan, pulangan pelaburan, keusahawanan dan keberhasilan alumni, kepimpinan pemikiran serta kepelbagaian dalam kelas dan fakulti. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya