Op benteng: 6,344 PATI ditangkap - Utusan Malaysia

Op benteng: 6,344 PATI ditangkap

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Op Benteng yang dijalankan agensi-agensi keselamatan bagi mengawal ketat sempadan negara dan mengekang penularan wabak Covid-19 berjaya menahan seramai 7,389 individu sejak 1 Mei hingga 28 September lalu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu 6,344 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditangkap, selain 750 tekong dan 295 penyeludup.

“Bagi tempoh semalam sahaja 29 PATI dan dua penyeludup ditahan dan turut berjaya merampas sebuah bot dan empat kenderaan darat melalui 81 sekatan jalan raya.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” katanya dalam laporan harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, PDRM juga telah menahan 82 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP dan daripada jumlah itu, seramai 75 individu telah dikompaun, enam direman dan seorang dijamin.

Katanya, antara kesalahan itu ialah ketiadaan penjarakan fizikal (46), tidak memakai pelitup muka (23), gagal menyediakan peralatan atau merekod butiran diri (12) serta satu aktiviti dalam kelab malam.

“Sebanyak 55,086 pemeriksaan dilakukan melalui 3,025 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 12,937 anggota,” katanya.

Menurut Ismail Sabri, sehingga semalam seramai 37,133 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan telah ditempatkan di 67 hotel dan 10 premis lain.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 8,671 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 106 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan manakala seramai 28,356 individu telah dibenarkan pulang. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.