Hajat cepat kaya terkubur - Utusan Malaysia

Hajat cepat kaya terkubur

MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Disebabkan hendak memperoleh keuntungan dengan cepat dan lumayan, seorang peniaga di Bentong, dekat sini terpaksa berputih mata setelah ditipu sindiket yang menawarkan pelaburan tidak wujud di internet.

Akibatnya, hajat peniaga berusia 48 tahun itu untuk cepat kaya terkubur selepas dia kerugian RM126,359 ditipu sindiket terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, ketika melayari internet di rumahnya pada 9 September lalu, mangsa terlihat iklan pelaburan guotaigold lalu berminat menyertainya. 

Selepas itu katanya, mangsa menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp ke nombor yang tertera di iklan berkenaan dan selepas itu dia dimaklumkan bahawa pelaburan terbabit boleh membawa pulangan berlipat kali ganda. 

“Pada mulanya, mangsa diminta memasukkan RM1,000 untuk pembelian duit syiling ke atas akaun syarikat bagi memenangi wang tunai RM500. Selepas mendapat pulangan itu, mangsa percaya dan membuat pelaburan yang lebih besar.

“Selepas itu, sebanyak tiga lagi mangsa memasukkan wang ke akaun bank diberikan suspek iaitu masing-masing RM37,329, RM37,950 dan kali ketika berjumlah RM50,980,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Mohd. Wazir berkata, selepas itu, mangsa diminta memasukkan RM60,000 tetapi tidak mengikut arahan suspek kerana berasa dirinya ditipu.

“Mangsa segera membuat balai buat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong semalam untuk tindakan selanjutnya,” katanya. 

Beliau berkata, modus operandi suspek memperdaya mangsa dengan menawarkan pelaburan yang tidak wujud menerusi laman web.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.