Dua remaja perempuan maut motosikal rempuh lori - Utusan Malaysia

Dua remaja perempuan maut motosikal rempuh lori

KEADAAN dua remaja yang maut dalam kemalangan di Kilometer 118.6 Jalan Ipoh-Butterworth di Parit Buntar semalam. - GAMBAR MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR:  Dua remaja perempuan maut apabila motosikal dinaiki mereka melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di persimpangan lampu isyarat di Kilometer 118.6 Jalan Ipoh-Butterworth di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 6.30 petang itu, penunggang motosikal, Nor Rosalinda Salim, 18, dan pembonceng, Nurul Muliani Abdul Rashid, 16,  meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Mazuki Mat berkata, kemalangan berlaku ketika motosikal jenis Yamaha Ego Solaris yang ditunggang mangsa dari arah Parit Buntar menghala ke Bagan Serai. 

Menurutnya, tiba di lokasi kejadian, sebuah lori di hadapan motosikal mereka berhenti di persimpangan lampu isyarat. 

“Motosikal dinaiki mereka hilang kawalan lalu merempuh bahagian belakang sebelah kiri lori menyebabkan mangsa  cedera parah di bahagian kepala,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Mazuki, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk  bedah siasat. 

Beliau berkata, pemandu lori bagaimanapun tidak mengalami kecederaan. 

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya