BAGAN DATUK: Kesihatan semakin merosot ditambah pendapatan terjejas selepas empat tahun tidak dapat membuat persembahan pentas. Demikian nasib menimpa penyanyi veteran, Datuk M. Daud Kilau ketika merayu bantuan pelbagai pihak dengan wang simpanannya banyak dihabiskan membeli ubat. Menurut seniman berusia 83 tahun itu, kesihatannya semakin merosot sejak beberapa tahun lalu kerana menghidap kencing manis, sakit pinggang dan jantung tidak stabil. “Saya sudah lama tak buat persembahan. Kalau dah tak menyanyi…