Anifah Aman tewas di DUN Bongawan - Utusan Malaysia

Anifah Aman tewas di DUN Bongawan

ANIFAH AMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman gagal merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan selepas tewas kepada penyandang kerusi itu, Dr. Daud Yusof daripada Parti Warisan Sabah (Warisan). 

Anifah yang juga bekas Menteri Luar hanya memperoleh 3,598 undi berbanding Daud yang berjaya meraih 5,400 undi sekali gus meningkatkan majoriti kepada 1,802 undi berbanding ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu. 

Calon Barisan Nasional (BN), Ag. Syairin pula mendapat 3,548 undi manakala seorang lagi pencabar kerusi DUN Bongawan iaitu Mohd. Azreen Abd. Ghani dari Parti Liberal Demokratik hilang deposit selepas memperoleh hanya 232 undi. 

Semasa PRU-14, Daud berjaya memenangi kerusi tersebut menerusi majoriti 795 undi selepas menewaskan Datuk Mohamad Alamin daripada BN dan Jaafar Ismail daripada Parti Harapan Rakyat Sabah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya