Zon kuning disanitasi - Utusan Malaysia

Zon kuning disanitasi

ROZALI Mohamud (kiri) melihat proses nyah kuman di Pasar Awam dan Penjaja Sementara Seberang Jaya, Pulau Pinang.UTUSAN/AMIR IRSYAD OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) akan mempergiatkan kerja-kerja pembersihan di beberapa lokasi berlakunya jangkitan Covid-19 iaitu Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS).

Datuk Bandar MBSP, Datuk Rozali Mohamud berkata, pihaknya bersedia untuk memikul tanggungjawab itu walaupun ia sepatutnya digalas oleh pihak lain sepenuhnya dan akan memohon untuk bekerjasama dengan bomba bagi tujuan itu.

“Saya sendiri telah arahkan Wira Oren (kakitangan MBSP) untuk turun padang bagi melakukan kerja-kerja pembersihan itu setiap hari sejak kes jangkitan tersebut dilaporkan,” katanya.

Beliau ditemui semasa melakukan pemantauan terhadap proses sanitasi atau nyah kuman yang dijalankan di Pasar Awam Sementara di Seberang Jaya di sini semalam.

Mengulas lanjut, kata Rozali, MBSP kini memberi tumpuan terhadap kerja-kerja tersebut khususnya di beberapa pasar awam yang berada dalam zon kuning ketika ini.

Katanya, selain di Seberang Jaya, pasar awam yang terlibat termasuk Pasar Awam Taman Chai Leng, Pasar Awam Sungai Bakap, Pasar Awam Bandar Tasek Mutiara, Pasar Awam Taman Berjaya dan Pasar Awam Sri Rambai.

“Kerja-kerja diinfeksi (nyah kuman) di pasar-pasar ini akan dijalankan pada setiap hari manakala pasar-pasar awam lain pula akan dijalankan sebanyak dua hari sekali,” ujar beliau.

Secara keseluruhan, beliau berkata, sebanyak 30 pasar awam dan kira-kira 66 kompleks makanan dalam tiga daerah terlibat dengan proses tersebut yang bermula hari ini.

Katanya, antara jabatan terlibat dalam kerja-kerja itu pula termasuk Jabatan Pelesenan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pengurusan Krisis dan Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dalam MBSP.

“Selain pasar awam yang berkenaan, MBSP juga mengambil inisiatif untuk menutup hampir sebahagian besar daripada taman-taman permainan dan gim untuk aktiviti luar di Seberang Perai bagi mencegah penularan Covid-19 yang juga bermula hari ini,” jelasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya