Wujud akta bahan khayal – Lam Thye - Utusan Malaysia

Wujud akta bahan khayal – Lam Thye

LEE LAM THYE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yayasan Pen­cegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menggesa kerajaan mewujudkan undang-undang bahan khayal bagi menangani pelbagai jenis ketagihan termasuk kegiatan menghidu gam dalam kalangan remaja.

Menurut Naib Pengerusi MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye (gambar), pihak berwajib wajar membentuk undang-undang baharu selain memberi pendidikan dan kesedaran bagi memastikan isu itu dapat diselesaikan terutama dalam kalangan golongan muda.

“Saya berpendapat tiba masanya Akta Bahan Khayal diwujudkan bagi menangani masalah ketagihan bahan kha­yal atau inhalan seperti gam dalam kalangan remaja.

“Saya berharap akta baharu itu nanti akan merangkumi tiga asas penting iaitu program pendidikan dan kesedaran, penguatkuasaan undang-undang dan pemulihan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Masalah ketagihan dalam kalangan belia pada masa ini bukan sahaja melibatkan dadah tetapi juga bahan-bahan yang mudah diperoleh seperti gam, petrol, aerosol, cat sembur, cecair pemetik api dan najis lembu.

Lam Thye berkata, akta baharu tersebut perlu memberikan kuasa kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk menahan mereka yang menyalahgunakan bahan-bahan berkenaan kerana pada masa ini tiada peruntukan sedemikian dalam undang-undang sedia ada.

“Untuk menangani masalah ketagihan bahan khayal ini, AADK perlu meningkatkan kerjasama dengan pelbagai agensi penguatkuasaan dan pihak berkepentingan lain kerana perkara ini tidak mampu dilakukan secara bersendirian.

“Saya berharap rang undang-undang berkaitan dapat dibentang dalam persidangan Parlimen akan datang ke­rana masalah ketagihan bahan kha­yal ini telah berada pada tahap membimbangkan berikutan kanak-kanak dan remaja me­lakukan kegiatan tersebut secara terbuka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya