Tiga pekerja pengsan cuci tangki minyak - Utusan Malaysia

Tiga pekerja pengsan cuci tangki minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LABIS: Akibat membersihkan tangki muatan sisa minyak kapal tanpa kelengkapan, tiga pekerja kedai mencuci kenderaan di Jalan Waja, Taman Perindustrian Labis di sini terpaksa dikejarkan ke hospital kerana terhidu sisa kimia, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 4.51 pagi itu menyebabkan semua mangsa berusia antara 25 tahun hingga 35 tahun pengsan sebelum diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Labis, Mohd. Farizan Mokhtar berkata, sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan, lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan menemukan tiga lelaki yang pengsan.

“Komander operasi mengarahkan dua anggota masuk ke dalam tangki tersebut dengan memakai set lengkap bantuan alat pernafasan,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, kesemua mangsa berjaya dibawa keluar dari tangki dan petugas Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi kemudian memberikan rawatan awal.

Beliau berkata, siasatan mendapati tiga pekerja itu dipercayai terhidu sisa kimia secara berlebihan akibat ruang pengudaraan yang tidak cukup sewaktu operasi pembersihan dijalankan.

“Kesemua mangsa berada dalam keadaan stabil dan dibawa ke Hospital Segamat untuk rawatan susulan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.