Syukur songkok ditempah walau kurang - Utusan Malaysia

Syukur songkok ditempah walau kurang

HASNISALFINA Mohd. Yunus menunjukkan sebahagian songkok yang disiapkannya di kedai songkok Seri Warisan, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, hari ini.- UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Penularan pandemik Covid-19 menyaksikan Hari Raya Aidiladha tahun ini disambut secara sederhana.

Sambutan serba sederhana kali ini dilihat menjejaskan jualan kelengkapan pakaian hari raya termasuk songkok yang selama ini laris apabila tibanya Aidiladha.

Situasi itu turut dirasakan pembuat songkok, Hasnisalfina Mohd. Yunus, 52, apabila tempahan yang diterimanya berkurangan.

“Sambutan Hari Raya Aidiladha kali ini memang memberi kesan kerana 25 hingga 30 buah songkok sahaja telah ditempah pelanggan. Kebanyakan tempahan diterima daripada jabatan dan agensi kerajaan.

“Walaupun berkurangan, saya bersyukur masih lagi menerima tempahan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hasnisalfina yang merupakan pembuat songkok tunggal wanita di daerah ini berkata, meskipun berdepan cabaran, dia masih positif meneruskan perniagaan yang ditinggalkan arwah suaminya itu.

Malah katanya, dia berbangga dapat meneruskan perniagaan kedai songkok Seri Warisan yang diusahakan suaminya sejak 1992.

“Saya belajar membuat songkok daripada arwah suami, tidak pernah menghadiri mana-mana kelas jahitan.

“Cuma selepas ini saya mahu memasarkan jualan secara dalam talian memandangkan ramai yang lebih selesa membuat pembelian dengan cara itu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya