fbpx

Sekolah ditutup bukan hanya di zon merah

  • Oleh Nur Aslinda Binti Mohd Nasir
  • 4 Ogos 2020, 2:36 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penutupan sekolah tidak semestinya hanya di zon merah, kata Menteri Kanan (Pendidikan), Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin. 

Jelasnya, penutupan sekolah akan dibuat di beberapa kawasan kritikal dan  jika langkah itu diambil, ia merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan bagi membendung wabak Covid-19. 

“Lihat keadaan, apa berlaku dan bagaimana cara terbaik menanganinya. Seperti di Kedah, belum zon merah tetapi kita buat penutupan sekolah bagi mencegah penularan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini. 

Terdahulu, Teo Nie Ching (DAP-Kulai) meminta Kementerian Pendidikan menyatakan sama ada merancang untuk menutup sekolah di zon merah Covid-19 seperti Kuching, Sarawak. 

Mengulas lanjut, Mohd. Radzi berkata, pihaknya sedia menutup sekolah di Sabah sekiranya dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara dan kerajaan negeri.

Keputusan itu juga katanya, turut mengambil kira penilaian daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan semua pihak berkuasa berkaitan, berdasarkan kes, risiko dan cara menanganinya.

“Setiap kes berbeza, seperti mana di Sarawak lebih 200 sekolah ditutup tetapi di Kedah kita tutup lima sekolah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

POPULAR