Proton: Jualan Julai tertinggi - Utusan Malaysia

Proton: Jualan Julai tertinggi

PROTON Saga edisi ulang tahun habis ditempah dalam tempoh lima hari selepas pelancarannya pada 9 Julai lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Proton menjual 13,216 kenderaan pada Julai, jumlah jualan bulanan tertinggi direkodkan oleh pengeluar kereta kebangsaan sejak Jun 2012.

Berdasarkan penguasaan pasaran, Proton bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini sehingga Julai diramalkan sebanyak 21.8 peratus, pertumbuhan 6.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Syarikat itu dalam satu kenyataan semalam berkata, jurang jumlah jualan berbanding 2019 menurun hanya 4.2 peratus kepada 50,294 berbanding
52,499 dalam tempoh sama tahun lalu.

Proton berkata, penurunan itu lebih rendah berbanding jurang jangkaan Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) iaitu 33 peratus atau 230,929 unit.

Jualan kereta di Malaysia meningkat pada bulan lalu didorong insentif jualan tanpa cukai dan permintaan pengguna.

Syarikat itu berkata, empat model syarikat berjaya mendahului jenama lain di dalam segmen masing-masing dengan Proton Saga sekali lagi mencatat jualan tertinggi dengan 5,421 unit berjaya dijual pada Julai, termasuk 1,100 unit Edisi Ulang Tahun Saga yang habis ditempah dalam hanya lima hari selepas ia dilancarkan pada 9 Julai lalu.

Jumlah itu juga merupakan tertinggi dicatatkan oleh model itu sejak April 2014.

Proton X70 terus menunjukkan prestasi yang baik dengan jualan 3,087 unit dan mengekalkan kedudukan sebagai SUV terlaris di Malaysia dengan peningkatan pegangan pasaran sebanyak 25.6 peratus iaitu 4.3 peratus lebih tinggi berbanding 2019.

“Jualan Proton pada Julai 2020 menunjukkan prestasi terbaik kami dalam tempoh lebih lapan tahun. Kami berbangga dengan
pencapaian model-model syarikat di dalam setiap segmen. Kami juga mendapati terdapat kesan positif dalam aspek perniagaan
lain yang turut membantu dalam peningkatan jualan,” kata Ketua
Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah.

Proton Commerce, penyedia pembiayaan kenderaan dalaman syarikat yang mencatat peningkatan jumlah pinjaman sebanyak 100 peratus berbanding bulan sebelumnya.

“Oleh itu, kami ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan semua rakyat Malaysia dan buat masa ini, kami tetap optimis pada tahun 2020 ini,” katanya, sambil menambah Proton akan terus berusaha memberi tawaran menarik kepada pasaran dan merangsang jualan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.