Parti Dr. M umum peguam, Amir Khusyairi tanding Bebas PRK Slim - Utusan Malaysia

Parti Dr. M umum peguam, Amir Khusyairi tanding Bebas PRK Slim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Parti baharu yang diterajui bekas Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan seorang peguam, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada 29 Ogos.

Amir Khusyairi, 38, bertanding atas tiket calon Bebas.

Perkara itu diumumkan pada Majlis Memperkenalkan Calon di Slim River malam ini yang dihadiri Dr. Mahathir.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Amir Khusyairi merupakan anak jati Perak.

Beliau yang fasih dalam tiga bahasa termasuk Arab mempunyai dua firma guaman di Perak dan Selangor.

Kariernya sebagai Peguam Syarie dan Peguam Bela bermula sejak 2007.

Beliau turut aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dengan memberikan klinik guaman secara percuma.

Dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan agama, beliau anak kepada bekas Naib Kadi Teluk Intan dan pesara guru agama, Allahyarham Mohamad Tanusi Maulut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.