Lesap RM295,000 ditipu gadis PUBG - Utusan Malaysia

Lesap RM295,000 ditipu gadis PUBG

MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Bermula dengan perkenalan di laman sosial Facebook yang membawa kepada perkongsian hobi bermain aplikasi permainan dalam talian PUBG, remaja lelaki di Brinchang, Cameron Highlands dekat sini kerugian RM295,950 akibat ditipu seorang gadis.

Perkenalan antara mangsa berusia 14 tahun dengan suspek bermula Februari lalu selepas remaja lelaki itu tertarik melihat iklan jualan telefon bimbit di laman sosial Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, iklan tersebut dimuat naik suspek yang menggunakan nama Dea Anis.

“Mangsa menghubungi nombor telefon yang dinyatakan dalam iklan tersebut menerusi aplikasi WhatsApp dan suspek menyatakan bahawa namanya ialah Anis Nadia Azman Lee.

“Sejak itu, mangsa kerap berbual dengan suspek melalui WhatsApp dan ketika sama-sama bermain aplikasi permainan telefon bimbit PUBG,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Wazir berkata, selepas kira-kira tiga bulan ‘menjalin cinta’ di laman sosial, suspek mula berani meminjam wang dalam tempoh antara Mei hingga Jun lalu.

“Mangsa membuat 21 transaksi berjumlah kira-kira RM295,950 kepada akaun bank yang berbeza dimiliki seorang lelaki tidak dikenali,” katanya.

Ujarnya lagi, mangsa yang menyedari diperdaya memaklumkan perkara tersebut kepada bapanya sebelum kedua-dua mereka hadir ke Balai Polis Brinchang untuk membuat laporan polis

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya