Imran Ketua Polis Daerah KLIA baharu - Utusan Malaysia

Imran Ketua Polis Daerah KLIA baharu

NOOR Azam Jamaluddin (tengah) menyaksikan serah terima tugas antara Zulkifli Adamshah (kiri) dan Imran Abd. Rahman di IPD KLIA, Sepang, hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Asisten Komisioner Imran Abd. Rahman dilantik sebagai Ketua Polis Daerah KLIA baharu berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Asisten Komisioner, Zulkifli Adamshah yang berpindah ke jawatan disandang Imran.

Majlis serah terima tugas berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA di sini hari ini dan disaksikan Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin.

Imran, 54, menyifatkan pelantikan tersebut satu kepercayaan dan tanggungjawab besar daripada kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Satu jawatan yang saya kira amat berat. Saya berjanji akan memberikan sepenuh komitmen untuk menggalas tanggungjawab ini. Harap warga IPD KLIA dapat memberi kerjasama penuh,” katanya dalam ucapan pada majlis tersebut.

Sementara itu, Noor Azam menyifatkan Zulkifli ketua polis daerah yang cekap dan bertanggungjawab.

Katanya, sepanjang perkhidmatan beliau di sini, kadar jenayah direkodkan sekitar sembilan hingga 10 peratus. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya