Dakwa Khairuddin: Terserah kepada pihak berkuasa - Utusan Malaysia

Dakwa Khairuddin: Terserah kepada pihak berkuasa

MOHD. KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Terserah kepada pihak berkuasa untuk mendakwa Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kuarantin wajib.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, pihaknya telah melihat pelbagai sudut berhubung keputusan kompaun RM1,000 di bawah Akta Pencegahan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).

“Yang itu (denda RM1,000) sudah diselesaikan. Tan Sri DG (Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) dah komen dalam twitter.

“Kita telah tengok pelbagai sudut untuk kompaun maksimum RM1,000 di bawah Akta 342, kalau ada (pihak berkuasa) nak dakwa lain itu terpulang,” katanya selepas menyempurnakan Program Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Prihatin 10gara Selamat di Dewan Raya Felda Bukit Besar di sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Semalam, Kementerian Kesihatan memaklumkan Mohd. Khairuddin dikenakan kompaun RM1,000 selepas didapati gagal mematuhi SOP kuarantin wajib.

Mengikut Akta 342, semua individu yang tiba dari luar negara sama ada warga negara atau warga asing perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari sebagai langkah mengekang penularan virus Covid-19.

Beliau melakukan kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

Ekoran kegagalannya mematuhi peraturan mengikut akta berkenaan, Pegawai Diberi Kuasa (PDK) sudah mengeluarkan kompaun sebanyak RM1,000 kepada Mohd. Khairuddin pada 7 Ogos lalu dan beliau sudah membayar kompaun berkenaan.

Mohd Khairuddin pulang ke negara ini dari Turki pada 7 Julai lepas sebelum menjalani ujian pengambilan sampel kali pertama pada hari yang sama yang didapati negatif.

Ujian saringan kali kedua dan ketiga terhadap beliau juga menunjukkan keputusan negatif. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya