Bomba selamatkan penyu terperangkap bawah pokok - Utusan Malaysia

Bomba selamatkan penyu terperangkap bawah pokok

ANGGOTA bomba menyelamatkan penyu agar yang tersepit di bawah tunggul di Cakar Hutan, Kampung Labohan, Kerteh di Kemaman, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Tindakan pantas sepasukan anggota bomba berjaya menyelamatkan seekor penyu agar betina seberat 150 kilogram yang terperangkap bawah pokok tumbang di Cakar Hutan, Kampung Labohan, Kerteh dekat sini pagi ini. 

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Shahrizal Shamsudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.20 pagi dan seramai 10 anggota bersama satu jentera dikejarkan ke lokasi kejadian. 

“Setibanya di sana kita dapati seekor penyu telah terperangkap di bawah timbunan pokok dan bomba membuat laluan keluar dengan memotong pokok tersebut. 

“Penyu malang itu berjaya dikeluarkan dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Menurut Shahrizal, bomba kemudiaannya melepaskan penyu itu ke laut dan operasi ditamatkan pada pukul 10 pagi. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.