Bestari Jaya, Jeram dan Saujana Utama lokasi lembu berkeliaran - Utusan Malaysia

Bestari Jaya, Jeram dan Saujana Utama lokasi lembu berkeliaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) mengeluarkan enam kompaun sepanjang tahun ini berikutan kedegilan pemilik melepaskan lembu tanpa jagaan.

Yang Dipertuanya,  Rahilah Rahmat berkata, pemilik haiwan tersebut dikenakan kompaun RM1,000 kerana tidak mengendahkan peringatan yang telah diberikan kepada mereka oleh Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MDKS.

Menurutnya, lokasi yang dikenal pasti sering terjadi pemasalahan tersebut adalah di Bestari Jaya, Jeram dan Saujana Utama. 

“Tindakan pemilik ini mengakibatkan haiwan ternakan mereka memasuki laluan awam dan kawasan perumahan.

“Selain kompaun, kita juga telah menangkap empat ekor lembu. Kita akan mengadakan perbincangan bersama Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kuala Selangor untuk proses tindakan yang lebih tegas kepada penternak yang masih ingkar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, Rahilah berkata, papan tanda amaran menjaga lembu dan kerbau turut telah dipasang di 10 kawasan untuk memberi peringatan kepada penternak.

“Semua lembu yang ditangkap akan disimpan di tempat kurungan khas dan hanya boleh dituntut pemiliknya selepas membayar kesemua kos sitaan mengikut Seksyen 4(4) Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 1971.

“Penternak juga boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 5 (1) Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 1971 kerana membiarkan lembu berkeliaran tanpa kawalan yang boleh dihukum penjara sehingga setahun dan denda maksimum RM1,000,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya