Azeez dakwa kumpul simpanan TH RM27.8 bilion  - Utusan Malaysia

Azeez dakwa kumpul simpanan TH RM27.8 bilion 

AZEEZ ABDUL RAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bekas Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim memaklumkan bahawa mengumpul  RM27.8 bilion untuk simpanan institusi itu dalam tempoh empat tahun sepanjang beliau mengambil alih.

Menurut Azeez, wang dalam Tabung Haji mempunyai RM73.5 bilion pada 2017 beliau meninggalkan institusi tersebut.

“Waktu saya ambil alih TH hanya mempunyai wang waktu itu hanya RM40 bilion.

“Jadi lebih RM27.8 bilion telah ditambah atau pun dimasukkan oleh pendeposit kerana percaya dengan Tabung Haji. Dalam masa empat tahun sudah sampai RM73.5 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi program Berani Semuka di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15 di sini semalam yang dikendalikan Tan Sri Johan Jaaffar selaku moderator.

Sementara itu, Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, TH di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mengambil tindakan drastik walaupun menerima surat dari gabenor Bank Negara pada 2015 mengingatkan tiga perkara termasuk aset lebih rendah berbanding tanggungan.

“Aset rendah akan menimbulkan masalah sekaligus menandakan masalah dan TH telah diberikan surat perlu segera menyelesaikannya. 

“Malangnya, tiada tindakan drastik dibuat dan terus menunjukkan kewangan tidak sihat bermula 2014 iaitu RM330 juta, diikuti RM3 bilion pada 2015 dan pada 2017 sebanyak RM4.1 bilion.

“Oleh demikian, kita terpaksa memperkenalkan pelan pemulihan atau penstrukturan semula TH dengan belanja RM20 bilion,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya