fbpx

Asrama terbakar: 131 pelajar maahad tahfiz selamat 

ASRAMA di tingkat empat maahad tahfiz perempuan di Kuala Langat, Selangor, terbakar dalam kejadian awal pagi ini.
  • Oleh NOR AZIHAN MD. GHAZALI
  • 4 Ogos 2020, 12:24 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Persiapan 131 pelajar perempuan maahad tahfiz yang ingin menunaikan solat Subuh pagi ini dikejutkan apabila asrama di tingkat empat bangunan itu terbakar.

Bagaimanapun, kesemua pelajar itu berjaya menyelamatkan diri dalam kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 5.45 pagi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 5.49 pagi dan terus menggerakkan seramai 27 anggota termasuk pegawai bersama enam jentera ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, lima balai bomba yang terlibat dalam operasi itu ialah Banting, Telok Panglima Garang, Lapangan Terbang Kuala Lumpur, Pelabuhan Klang dan Seksyen 7 Petaling Jaya.

“Setiba di lokasi kejadian pukul 6.05 pagi, didapati kebakaran berlaku di sebuah kelas tingkat empat bangunan.

“Kebakaran memusnahkan 40 peratus bangunan tersebut dan berjaya dikawal pukul 6.24 pagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, punca kebakaran dan jumlah kerugian dalam siasatan.  – UTUSAN ONLINE

 

POPULAR