81 individu ditahan ingkar arahan PKP - Utusan Malaysia

81 individu ditahan ingkar arahan PKP

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan 81 individu atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) termasuk gagal menyediakan catatan keluar masuk restoran.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 59 individu dikompaun manakala 22 individu pula direman.

“Kesalahan itu termasuk 31 kesalahan gagal menyediakan peralatan atau catatan keluar masuk pelanggan, tidak memakai pelitup muka (16 kes) dan aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal sebanyak 24 kes.

“Selain itu, kesalahan lain termasuk premis beroperasi lebih masa sebanyak empat kes serta tangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI) sebanyak enam kes,” katanya dalam laporan harian kawalan pergerakan di sini hari ini.

Tambah Ismail Sabri, operasi tugas khas yang diketuai PDRM itu turut menjalankan sebanyak 68,310 pemeriksaan bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP.

“Sebanyak 4,881 pasukan pematuhan yang melibatkan 16,827 anggota membuat pemantauan di 3,962 pasar raya, 5,269 restoran serta 1,337 penjaja, 1,671 kilang, 3,713 bank dan 1,073 pejabat kerajaan.

“Turut dipantau, sebanyak 1,183 terminal pengangkutan darat, 240 terminal pengangkutan air serta 114 terminal pengangkutan udara,” ujarnya.

Dalam pada itu, PDRM turut mengadakan 62 sekatan jalan raya Operasi Benteng di seluruh negara dan memeriksa 28,481 kenderaan bagi mengekang kemasukan PATI terutamanya di lorong-lorong tikus.

“Pihak polis berjaya menahan empat warga asing atas kesalahan imigresen.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya