37 iklan pinjaman wang haram diturunkan - Utusan Malaysia

37 iklan pinjaman wang haram diturunkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KULIM: Polis menurunkan sebanyak 37 iklan pinjaman wang tanpa lesen dalam Ops Vulture di Padang Serai di sini semalam.

Operasi bermula kira-kira pukul 11.30 pagi dan berakhir 2 petang itu dijalankan di sekitar Taman Legenda dan Taman Mahsuri.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, iklan pada pokok, tiang lampu dan papan tanda jalan itu tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Mereka semakin berani menggantung dan melekatkan gegantung haram itu di merata-rata tempat seolah-olah perniagaan mereka berlesen.

“Hasil semakan pihak polis mendapati ia dilakukan syarikat yang sama tetapi mempunyai banyak nombor telefon,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut kata beliau, pihak polis menjalankan siasatan dengan menghubungi nombor telefon diiklankan dan mendapati pemilik nombor menggunakan nama samaran yang berubah-ubah.

“Kita meminta kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat mengenai individu mencurigakan menggantung iklan-iklan ini agar melaporkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” tambahnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya