Tiga rumah Orang Asli musnah dibadai `kepala’ air  - Utusan Malaysia

Tiga rumah Orang Asli musnah dibadai `kepala’ air 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Tiga rumah Orang Asli di tebing sungai di Pos Lenjang dekat sini, musnah akibat dibadai `kepala’ air berikutan hujan lebat awal pagi ini.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 hingga 11 pagi apabila `kepala’ air  membawa lumpur membadai rumah terbabit.

Hujan lebat turut menyebabkan tanah runtuh di laluan ke Pos Titom, menyebabkan 847 penduduk di lima kampung terputus hubungan.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Shahrul Nizam Nasir berkata, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

“Laluan terputus menyebabkan kenderaan tidak boleh keluar masuk ke Pos Lenjang, terdapat tiga rumah dibadai `kepala’ air. 

“Kesemua penghuni dapat menyelamatkan diri dalam kejadian itu,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) negeri, Johari Alwi berkata, pihaknya bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menghantar jentera untuk membersihkan jalan yang terjejas.

Tambahnya, pegawai Jakoa juga telah ke rumah penduduk terlibat untuk memantau dan memberikan bantuan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.