Rugi RM17,000 ditipu ‘kekasih dari Paris’ - Utusan Malaysia

Rugi RM17,000 ditipu ‘kekasih dari Paris’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Seorang ibu tunggal di sini kerugian sebanyak RM17,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan Love Scam, semalam.

Wanita berusia 40 tahun yang tidak bekerja itu dikatakan terjerat dalam sindiket tersebut selepas berkenalan dengan seorang lelaki yang mendakwa dari Paris, Perancis melalui laman sosial Facebook, Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa jatuh cinta selepas terpedaya dengan kata-kata manis individu yang tidak pernah ditemuinya itu selain dijanji diberikan banyak hadiah.

Katanya, mangsa kemudian menerima panggilan daripada individu lain yang mendakwa ejen syarikat kurier dan memaklumkan hadiah dikirimkan kepadanya disekat serta tidak dapat diserahkan.

“Ejen itu mendakwa bungkusan hadiah yang dikirimkan kepada mangsa mengandungi mata wang asing, pakaian, barang kemas dan barangan kosmetik.

“Mangsa diminta membuat beberapa pembayaran perkhidmatan bagi membolehkan bungkusan tersebut diserahkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noorzainy berkata, akibat terlalu teruja dan percaya bungkusan itu adalah hadiah daripada teman lelakinya dari Paris, mangsa membuat bayaran sepertimana diarahkan.

“Dia melakukan empat transaksi pindahan wang ke dalam tiga akaun bank berjumlah RM17,000, namun menyedari ditipu selepas tidak menerima bungkusan itu sebelum membuat laporan polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.