Program Kad Peduli Sihat dihentikan - Utusan Malaysia

Program Kad Peduli Sihat dihentikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Program Kad Peduli Sihat yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada awal tahun ini akan dihentikan serta-merta.

Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri, Datuk Latipah Omar berkata, tindakan itu berikutan terdapat beberapa kekangan dan kerenah birokrasi penggunaan kad yang memberi manfaat kepada lebih 1,000 keluarga B40 tersebut.

Namun menurutnya, dana yang dikhususkan bagi program itu buat masa ini akan disalurkan kepada program bantuan lain bagi membantu golongan memerlukan.

“Kerajaan akan cuba merangka semula satu mekanisme baharu bagi mengatasi masalah kad kesihatan itu sebelum berkemungkinan memperkenalkan semula penggunaannya.

“Tetapi buat masa ini kerajaan negeri belum memberi kata putus, masih dalam peringkat kajian,” katanya ketika ditemui selepas Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Seri Negeri, hari ini.

Februari lalu, kerajaan negeri di bawah pimpinan PH melancarkan Kad Peduli Sihat yang memberi perlindungan kepada setiap keluarga dengan memperoleh manfaat antara RM300 hingga RM500 setahun untuk mendapatkan pelbagai rawatan kesihatan di klinik swasta terpilih. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya