Pemuda UMNO hormati keputusan mahkamah - Utusan Malaysia

Pemuda UMNO hormati keputusan mahkamah

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO menghormati keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang mensabitkan kesalahan bekas Presiden parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak atas dakwaan pecah amanah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram.

Ketua Pemuda UMNO, Dr. Asyraf Wadji Dusuki berkata, bagaimanapun masih ada ruang untuk bekas Perdana Menteri itu mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang melibatkan lebih ramai hakim.

“Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah atas semua tujuh pertuduhan. Tidak seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Harapan (PH), kami menghormati institusi mahkamah dan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi.

“Masih ada ruang untuk merayu di Mahkamah Rayuan (melibatkan tiga hakim) dan Mahkamah Persekutuan (melibatkan lima atau tujuh Hakim),” katanya dalam cacatan di Twitter hari ini.

Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati Najib bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan kesalahan pecah amanah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali memutuskan demikian selepas mendapati Najib gagal menimbulkan keraguan munasabah atas pertuduhan yang dihadapinya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.