Malaysia lokasi transit sisa toksik terlarang - Utusan Malaysia

Malaysia lokasi transit sisa toksik terlarang

TUAN Ibrahim Tuan Man menunjukkan sisa toksik yang dikesan di Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Tanjung Pelepas, Iskandar Puteri, Johor.- UTUSAN/RAJA JAAFAR RAJA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Sebanyak 110 unit kontena berisi sisa toksik terlarang di bawah perjanjian Konvensyen Basel iaitu debu ‘Electric Arc Furnace’ (EAF) dikesan transit di Pelabuhan Gelang Patah (PTP) di sini pada 15 Jun lalu.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) berjaya mengesan sisa toksik seberat 1,864 tan itu yang dibawa masuk dari Romania untuk transit ke negara ini sebelum dihantar ke Indonesia.

Katanya, hasil penemuan tersebut sekali gus menjadi penemuan bahan buangan berjadual terbesar yang transit ke negara ini sejak perjanjian Konvensyen Basel ditandatangani kerajaan pada 1993.

“Debu EAF diklasifikasi sebagai buangan toksik dan berbahaya di bawah Konvensyen Basel. Debu ini mengandungi logam berat amat berbahaya seperti zink, ferum, chromium, cadmium dan plumbum. 

“Sekiranya sisa toksik ini tidak diuruskan mengikut prosedur tertentu, ia boleh memberi kesan buruk bukan sahaja kepada alam sekitar, tetapi turut menjejaskan kesihatan manusia,” katanya selepas melakukan lawatan kerja ke PTP, Gelang Patah.

Tambah beliau, menurut borang deklarasi, kesemua 110 kontena itu didaftarkan sebagai ‘concentrated zinc’, namun setelah siasatan dijalankan, hanya 30 peratus sahaja bahan tersebut ditemui manakala selebihnya merupakan sisa toksik terlarang.

“JAS sudah memaklumkan pihak berkuasa Konvensyen Basel di Romania berhubung penemuan ini dan kesemua sisa toksik itu akan dihantar pulang ke negara berkenaan dalam waktu terdekat. 

Kata Tuan Ibrahim, sejak Malaysia menandatangani Konvensyen Basel pada 1993, sebanyak 28 kes pengimportan haram barangan berjadual berjaya dipatahkan JAS dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta pihak berkuasa pelabuhan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya