Macam mana boleh berhimpun ramai-ramai ketika PKPP? - PSM - Utusan Malaysia

Macam mana boleh berhimpun ramai-ramai ketika PKPP? – PSM

SEBAHAGIAN daripada penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkumpul di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perhimpunan lebih 3,000 penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di luar kompleks Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapat kritikan pelbagai pihak akibat tidak mengikuti prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ia susulan orang ramai mengadakan perhimpunan secara besar-besaran tanpa mengamalkan penjarakan sosial ketika kerajaan berusaha mengekang penularan Covid-19.

Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM),  A. Sivarajan pada masa sama mempersoalkan ketegasan pihak berkuasa yang didakwa gagal mengawal orang ramai daripada berkumpul di sepanjang jalan menuju ke luar mahkamah itu.

“Adakah Polis Diraja Malaysia (PDRM) meluluskan perhimpunan tersebut di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012? Kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Sudah jelas apa yang berlaku hari ini, orang ramai tidak mematuhi peraturan dari segi penjarakan sosial dan merekodkan suhu badan,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Bagaimanapun, sekitar jam 11.50 pagi tadi, polis menggunakan pembesar suara memberi amaran kepada orang ramai yang berkumpul untuk mematuhi SOP-PKPP. Setakat berita ini ditulis, orang ramai tidak lagi berkumpul di sepanjang jalan itu akibat cuaca panas terik.

Orang ramai dikatakan dari seluruh negara hadir sebagai tanda solidariti dan menyokong Najib yang berdepan dakwaan penyelewengan dana SRC international Sdn. Bhd bernilai RM42 juta.

Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa Najib bersalah ke atas tujuh pertuduhan membabitkan kesalahan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram selepas bekas Perdana Menteri itu gagal menimbulkan keraguan munasabah atas pertuduhan yang dihadapinya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya