Hasnul Zulkarnain sertai Bersatu - Utusan Malaysia

Hasnul Zulkarnain sertai Bersatu

HASNUL Zulkarnain Abd. Munaim menyerahkan borang keahlian Bersatu kepada Muhyiddin Yassin di Parlimen hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd. Munaim mengakui telah menyertai Bersatu.

Hasnul, bekas Ketua Pemuda Parti Amanah itu menjadi wakil rakyat Bebas selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Perak tumbang, menyerahkan borang keahlian kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Parlimen hari ini.

Beliau yang merupakan exco dalam kerajaan negeri PH sebelum ini menegaskan, menyertai Bersatu kerana yakin terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kata Hasnul Zulkarinain, dia menyertai Bersatu pada 3 Jun lalu dengan mendaftar sebagai ahli biasa dalam Cawangan Kampung Kedah, Parlimen Parit Buntar.

“Saya memilih Bersatu atas kepentingan gabungan kerjasama parti Melayu Islam.

“Saya melihat kesungguhan Muhyiddin membawa budaya politik baharu yang memberikan khidmat terus kepada rakyat tanpa jurang pemisah.

“Keputusan saya ini agak lewat dibuat kerana tidak mahu dianggap mahu jawatan dalam kerajaan selain berdepan tekanan-tekanan politik,” katanya kepada Utusan Malaysia malam ini.

Pada 9 Mac lalu, Hasnul Zulkarnain bersama dua ADUN DAP mengumumkan keluar parti menjadi wakil rakyat Bebas selepas kerajaan PH tumbang di Perak berikutan pembentukan Perikatan Nasional (PN). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya