Harga petrol, diesel turun - Utusan Malaysia

Harga petrol, diesel turun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun empat sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 31 Julai depan.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya memaklumkan, harga runcit RON95 turun daripada RM1.72 seliter kepada RM1.68 seliter manakala harga RON97 pula menyusut daripada RM2.02 seliter kepada RM1.98 seliter.

Katanya, harga diesel pula menyusut lima sen seliter iaitu RM1.82 seliter berbanding RM1.87 minggu lalu.

“Penurunan harga minyak ini dipengaruhi perubahan harga minyak yang diproses selain selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terpelihara.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.