Harap kekal hingga habis penggal - Aminuddin - Utusan Malaysia

Harap kekal hingga habis penggal – Aminuddin

AMINUDDIN HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan masih tenang di sebalik suhu politik tanah air semakin hangat dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Malah, Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, beliau yakin dengan sokongan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH di negeri ini dan berharap DUN Negeri Sembilan kekal sehingga habis penggal.

“Saya berdoa sahaja, insya-Allah Negeri Sembilan akan tenang, akan kekal tenang, itu harapan kita.

“Belum lagi dengar apa-apa perkembangan terbaharu, namun saya yakin dengan teman-teman saya yang berada di Exco dan ADUN itu sendiri.Perkembangan yang baik dan harap akan kekal sehingga ke akhir penggal,” katanya.

Aminuddin berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Korban Perdana di Madrasah Al Aliyah di Sikamat dekat sini hari ini.

Mengulas lanjut, Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata, kerajaan PH negeri akan kekal dengan pendirian untuk tidak membubarkan DUN lebih awal sebaliknya kekal sehingga tamat penggal.

“Masih kekal begitu, kalau ada apa-apa, saya tidak jangkakan keadaan tersebut.

“Kita sudah bersedia (pilihan raya mengejut), insya-Allah sebab kita bekerjasama sudah lama, jadi tidak timbul masalah baharu,” katanya.

Dalam pada itu, tambahnya, berdasarkan perkembangan semasa, isu pembahagian kerusi di antara PKR, Amanah dan DAP juga akan dibincangkan kelak.

“Kita sudah buat kerja awal, jentera sudah susun, sama ada Parlimen atau DUN kita sudah mulakan gerak kerja.

“Perkara tersebut (pembahagian kerusi) akan dibincangkan, tetapi gerak kerja kita lakukan bersama,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya